JAM

Waktu Solat di PAKA, TERENGGANU

Pintu Masuk Masjid

Pintu Masuk Masjid

Sunday, April 4, 2010

Kesengsaraan Hidup Akan Mengkafarah Dosa



Dalam buku tazkirah Persiapan Menghadapi Maut Siri 6, yang berjudul "Janji-janji ALLAH", Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ada menyebut satu hadits Baginda s.a.w.;

Berkata Abu Nu'iem al-Hafiz; telah berkata kepadaku Sulaiman bin Ahmad, Ahmad bin Yahya bin Khalid, Muhammad bin Salam, Yahya bin Bukheir, Malik bin Muhammad bin Amr, daripada Abu Salamah bin Abbi Hurairah berkata; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;


"Antara begitu banyak dosa, ada sejenis dosa yang tidak dapat dikafarah dengan solat, puasa, haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya; Apakah amalan yang dapat mengkifarahkannya ya Rasulullah? Nabi bersabda: Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup."
Tuan Guru dengan lebih lanjut menghuraikan kesusahan tersebut, yakni dalam mencari rezeki, lebih-lebih lagi dalam mencari rezeki yang benar-benar bersih dan halal dalam realiti kehidupan hari ini yang sentiasa bercampur antara halal dan haram.

Dinyatakan juga oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kesukaran hidup yang sedemikian mempunyai nilai yang tinggi di sisi ALLAH s.w.t. Situasi ini bersangkutan dengan sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah haditsnya yang ada menyatakan:

"Setiap musibah akan mengkafarahkan dosa, hatta tali kasut yang putus ketika mengikatnya."

Jika tali kasut terputus akan mengkafarahkan dosa, maka betapa pula kesengsaraan hidup lantaran kesulitan mencari rezeki yang halal, sudah pasti kesukaran tersebut merupakan satu ibadah yang menyebabkan satu dosa yang tidak dapat dikifarah dengan ibadah solat, puasa, haji dan umrah itu, dapat dikifarah dengan kesulitan memikirkan mencari rezeki yang halal itu.

Namun, perlu diingatkan bahawa dosa yang dikifarahkan tersebut adalah dosa dalam kumpulan dosa kecil, kerana dosa besar hanya akan terampun dengan taubat nasuha kepada ALLAH s.w.t.

No comments:

RENUNGAN


Pintu Depan Masjid Jamek Paka

Pintu Depan Masjid Jamek Paka