JAM

Waktu Solat di PAKA, TERENGGANU

Pintu Masuk Masjid

Pintu Masuk Masjid

Tuesday, March 16, 2010

was-was kentut. Batalke solat? camne ni

`Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : "Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)" Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim.
BLOGGER_PHOTO_ID_5176335740155308706Terdapat hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh Abû Sa`îd al-Khudrî bahawa Rasulullah Saw berkata "Jika Syaitan mendekati kamu dengan berkata "kamu telah terbatal wudhu kamu", katakan kepada ia menipu, kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)" [Mustadrak al-Hâkim (1/134), Sahîh Ibn Hibbân (2663 and 2664), Musnad Ahmad (3/12), and Sunan Abî Dâwûd (1029)]

Dalam riwayat dari Sahîh Ibn Hibbân menyebut "……… kemudian dia perlu berkata pada dirinya sendiri `kamu telah menipu'……"
Ini adalah hadith masyhur yang menjadi bukti yang membentuk satu kaedah dalam hukum Syara' iaitu "Sesuatu yang pasti tidak dapat dihapuskan dengan was-was". Ini bermaksud apa-apa yang terbina atas keyakinan memerlukan bukti yang kukuh untuk menunjukkan sebaliknya. Ketidakpastian (was-was) tidak mencukupi untuk memansuhkannya(keyakinan). Hukum ini menjadi prinsip yang luas dan mustahil untuk menyebutkan kesemuanya.

Implikasi hukum terhadap Hadith tersebut.

BLOGGER_PHOTO_ID_5176335619896224402
Hukum terpenting yang dibentuk dari hadith ini adalah berkenaan seorang yang telah berwudhu dan tidak pasti adakah dia telah terbatal ataupun tidak.
Jumhur ulama' termasuk Imam Abû Hanîfah, Imam al-Shâfi`î, dan Imam Ahmad b. Hanbal, menyatakan ketidakpastian (was-was) perlu diabaikan setiap masa. Ini juga disebut oleh Imam Mâlik.
Akan tetapi terdapat 2 pendapat lain yang disandarkan kepada Imam Mâlik tentang perkara ini. Salah satu pendapat itu ialah ketidakpastian(was-was) membatalkan wudhunya. Tetapi riwayat ini adalah dhaif dan bertentangan dengan maksud yang jelas dari hadith-hadith yang sahih.
Pendapat ke-3 yang disandarkan kepada Imam Mâlik ialah jika was-was berlaku diluar solat , maka dia perlu mengambil wudhu yang baru, tetapi jika was-was berlaku di dalam solat, maka dia perlu abaikannya. Pendapat ini amat pelik kerana apa yang membatalkan wudhu di luar solat sudah pastinya membatalkan wudhu didalm solat.
Menurut Ibn Hajar al-`Asqalâni di dalam Fath al-Bârî (1/287) : "Riwayat yang menerangkan penbahagian tersebut tidak boleh disandarkan kepada Imam Malik , Ia hanyalah perkataan pelajarnya"
Kita boleh katakan, tanpa syak lagi, pendapat yang benar tentang perkara ini adalah pendapat Jumhur Ulama – bahawa keraguan tidak membawa sebarang faedah. Seorang akan kekal dalam keadaan berwudhu sehingga dia pasti dia telah terbatal.

Aplikasi Hukum

1) Jika seseorang dalam keadaan bersuci , terasa dia telah terkentut, ini tidak membawa apa-apa makna.Dia perlu benar-benar pasti untuk membuktikan wudhu'nya telah terbatal.
2) Jika seseorang tahu dia dalam keadaan wudhu' dan was-was bahawa dia telah membuang air, dia perlu abaikannya.
3) Jika seseorang dalam keadaan suci kemudian dia tertutup mata sebentar kerana mengantuk dan tidak pasti dia telah tertidur(lama) untuk wudhu'nya terbatal , maka dia perlu menganggap dia masih dalam keadaan suci.
Dalam keadaan ini atau situasi yang hampir serupa, seseorang perlu mengabai was-wasnya. Begitu juga, jika seseorang tidak pasti air kolah telah tercemar dengan najis atau tidak , dia perlu mengaggapnya ia masih bersih. Sama juga berkenaan baju, tempat solat, dan makanan yang ingin dimakan. Ini adalah hukum asas dalam semua masalah berkenaan bersuci dan keharusan, yang mana keyakinan(kepastian) adalah penting untuk mengisytiharkan sesuatu(kesucian) itu sebaliknya.
Hukum ini – cara fikir ini – menutup pintu kepada ketidakpastian(was-was) dan keraguan yang dialami oleh sebilangan besar umat Islam.
Tambahan, para ulama' telah Ijma' apabila Rasulullah SAW berkata: "Kecuali kamu mendengar bunyi atau bau sesuatu" Beliau bukanlah memaksudkan kepada 2 perkara itu sahaja, - Beliau hanyalah menerangkan tentang tahap keyakinan yang perlu ada dalam keadaan tersebut.

Al-Khattâbî menyebut dalam I`lâm al-Hadîth (1/227-228): "Rasulullah SAW tidak bermaksud hukum ini terhad kepada isu kentut dan 2 cara memastikannya. Jawapan Rasulullah SAW, bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Maksudnya boleh diperluaskan kepada tahi , kencing, air madzi, air mani, darah, dana apa-apa yang boleh membatalkan kesucian seseorang."
| Sheikh Salman al-Oadah|
Diterjemahkan oleh:
FAZH

Institut al-Imam asy-Syafie Consultant dan Training

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Mana Lagi Sunnah? Pakai Helmet Atau Serban Waktu Tunggang Motosikal

BLOGGER_PHOTO_ID_5215707706622441010
Assalamualaikum WBT.

Saya terbaca hari ini di dalam berita harian bagaimana seorang pelajar pondok di saman kerana tidak memakai topi keledar. Hujah pelajar pondok ini ada peruntukan yang membenarkan memakai serban dan tidak perlu pakai topi keledar. Hujah si polis pula ia untuk lebai sedangkan pelajar pondok tadi bukan lebai.

Saya tak mahu masuk campur isu undang-undang. Saya mahu menulis tentang isu berkeras nak pakai serban, tak nak pakai topi keledar ketika tunggang motosikal.

Okeylah sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin menerangkan bahawa saya bersetuju bahawa memakai serban ada Sunnah yang bukan syariat/Ghairu Tasyriiyyah/ Sunnah Jibliah. Di sini saya nak pastekan kembali apa yang Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani sebut pasal serban.

ثم إنني حين أقطع بضعف تلك الأحاديث لا أنسى أن أذكر أن لبسه -صلى الله عليه وسلم- للعمامة كعادة عربية معروفة قبله -صلى الله عليه وسلم- أمر ثابت في الأحاديث الصحيحة لا يمكن لأحد إنكاره ، فإذا انضم إلى ما ذكره فضيلة الشيخ الحامد من أن الإسلام يحب تكوين أهله تكويناً خاصاً يصونهم عن أن يختلطوا بغيرهم في الهيئات الظاهرة . . . إلى آخر كلامه الطيب الذي فصل القول فيه شيخ الإسلام ابن تيمية في " الاقتضاء " فإني في النتيجة ألتقي مع فضيلته في الحض على العمامة ، ولكني لا أراها أمراً لازماً لزوم اللحية التي ثبت الأمر بها في الأحاديث الصحيحة معللاً بقوله : " خالفوا المجوس " رواه مسلم وغيره ، ولذلك فإني لا أرى الإلحاح في العمامة كثيراً بخلاف اللحية ، وأنكر أشد الإنكار اهتمام بعض المدارس الشرعية بالعمامة أكثر من اللحية بحيث يأمرون الطلاب بالأول دون الأخرى أو أكثر منها ، ويسكتون عن الطلاب الذين يحلقون لحاهم دون الذين يضعون عمائمهم ! فإن في ذلك قلباً للحكم الشرعي كما لا يخفى
"Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik�.maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih."
(Terjemahan oleh ustaz at-Takiri,
http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Ite

Jadi sekarang sayang ingin memetik satu hadith lain pula, ia tiada kaitan dengan isu serban, akan tetapi ia ada kaitan dengan isu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

لا ضرر ولا ضرار ". [صححه الألباني..إرواء الغليل/السلسلة الصحيحة/صحيح سنن ابن ماجة]

Yang bermaksud: "Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membuat mudharat. (Sunan Ibn Majah. Al-Albani mensahihkannya).

Hadith ini jelas menyatakan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan diri dan orang lain.

Ada satu kaedah feqh yang turut berbunyi seperti hadith di atas. Dalil lain daripada al-Quran ialah:

وَلاَ تَق�'تُلُوا�' أَنفُسَكُم�' إِن�`َ الل�`هَ كَانَ بِكُم�' رَحِيماً﴾ [النساء:29]

Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29)

Seorang ulama' Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ملخص القواعد الفقهية /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah.

Beliau menerangkan:

أن كل أمر نافع قد شرعه الإسلام، وكل أمر ضار قد منعه، فكل ضار فهو ممنوع، وكل نافع فهو مشروع.

Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.

Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.

Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.

Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan "Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?". Tu lah orang suruh mengaji malas.

Dan ini juga bukan masalah orang malas mengaji, ini masalah sikap, hatta mereka yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, cerdik pandai Usul Feqh akan membutakan mata ke atas dalil dan kaedah feqh yang diguna pakai di dalam isu ini.

Jadi persoalannya, bertembung sunnah pakai serban dengan sunnah menjaga keselamatan diri. Apakah tidak memakai serban itu berdosa? Dan apakah hukum mendedahkan diri kepada bahaya itu tidak berdosa? Sendiri mahu jawab.

Jangan pula pandai mainkan ilmu aqidah dengan beralasan ajal maut di mana-mana. Macam tu jangan makan nasi, sebab Allah yang ada kuasa jadikan kita lapar atau kenyang, jangan kerja sebab rezeki di tangan Allah.

Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak. Janganlah jadikan alasan orang Singh boleh pakai serban untuk kita ikut mereka. Lantak pilah sama orang kafir tu, "Bagimu agamamu, bagiku agamaku."

Isu undang-undang benarkan atau tidak, itu saya tak mahu masuk campur. Isunya jangan jadikan serban, ikut sunnah sebagai alasan tidak mahu memakai topi keledar. Janganlah nak melacurkan agama, serban, sunnah Nabi untuk melakukan hal yang bertentangan dengan sunnah itu sendiri.

Wallahua'lam.

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”


“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu ’alam..
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)

Adab Solat: Tidak Menyinsing Lengan dan Memakai Singlet Sahaja

Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا أَكُفَّ ثَوْبًا وَلاَ شَعْرًا


"Saya diperintahkan sujud di atas tujuh anggota badan, tidak menahan rambut dan tidak pula menahan pakaian". (HR. Al-Bukhoriy (783), Muslim dalam Kitab Ash-Sholah (490), Abu Dawud (889 & 890), An-Nasa’iy dalam Kitab Ash-Sholah (1113), Ibnu Majah (1040), dan Ibnu Khuzaimah (782))

Keterangan:

Imam Nawawi-rahimahullah- berkata, "Para ulama telah sepakat tentang terlarangnya melakukan shalat sedang pakaian atau lengannya disingsingkan".(Lihat Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim (4/209))


Setelah An-Nawawi membicarakan tentang hal ini pada pembicaraan sebelumnya, dia berkata, "Larangan menyingsingkan pakaian adalah larangan makruh tanzih. Kalau dia shalat dalam keadaan seperti itu, bererti dia telah memperburuk shalatnya, meskipun shalatnya tetap sah. Dalam perkara itu, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thobariy berhujjah dengan ijma’ (kesepakatan) ulama. Sedangkan Ibnul Mundzir telah menyebutkan tentang pendapat wajibnya mengulangi shalat dari Al-Hasan Al-Basriy". (Lihat Syarh Shohih Muslim (4/209))

Kemudian An-Nawawi-rahimahullah- berkata lagi, "Lalu madzhab jumhur (menjelaskan) bahawa larangan itu bersifat mutlak bagi orang yang shalat dalam keadaan seperti itu, baik dia sengaja melakukannya untuk shalat atau kerana ada maksud lain. Ad-Dawudiy berkata, "Larangan itu dikhususkan bagi orang yang melakukan untuk shalat. Sedangkan pendapat yang shahih adalah pendapat yang pertama. Itulah lahiriah pendapat yang ternukil dari sahabat atau yang lainnya". (Lihat Syarh Shohih Muslim (4/209))

Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

لَا يُصَلِّيْ أَحَدُكُمْ فِيْ الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْءٌ


"Janganlah salah seorang di antara kalian shalat dengan satu pakaian, sehingga tidak ada sedikitpun pakaian yang menutupi kedua bahunya". (HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (359), dan Muslim dalam Shohih-nya (516))
Keterangan:

Ibnu QudamahAl-Maqdisiy -rahimahullah- berkata, "Orang yang shalat, wajib meletakkan suatu pakaian di atas bahunya, jika dia mampu menutupinya. Ini adalah pendapat Ibnul Mundzir. Disebutkan dari Abu Ja’far (dia berkata), "Sesungguhnya shalat itu tidak memenuhi bagi siapa yang tidak menutupi kedua bahunya. Kebanyakan fuqaha berkata,"Yang demikian itu tidak wajib dan bukan menjadi syarat sahnya shalat. Ini pendapat Malik, as-Syafi’iy dan yang lainnya, sebab keduanya bukan aurat. Maka anggota badan yang lain diserupakan dengannya". (Lihat Al-Mughni (1/618))

Larangan yang ada pada hadits yang lalu mengharuskan pengharaman hal itu, dan diutamakan di atas qiyas. Sedangkan madzhab jumhur mengatakan, "Tidak membatalkan shalatnya". Tetapi mereka berkata, "Larangan ini adalah untuk menyatakan makruh, bukan larangan haram. Maka kalau seseorang shalat dengan satu pakaian yang telah menutupi auratnya, meskipun tidak ada satu pun pakaian yang menutupi bahunya, shalatnya tetap sah dan perbuatan itu dibenci (makruh), baik dia mampu menjadikan sesuatu sebagai penutup bahunya ataupun tidak". (Lihat Syarh Shohih Muslim (4/232))


Al-Qodhi-rahimahullah- telah berkata, "Sungguh telah ternukil riwayat dari Ahmad yang menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak termasuk syarat shalat dan dia telah mengambil pendapat itu dari riwayat Mutsanna dari Ahmad tentang orang yang shalat memakai sirwal (seluar lebar) dan pakaiannya menutupi salah satu dari kedua bahunya, dan yang lainnya terbuka, "Dimakruhkan". Lalu ditanyakan kepada beliau, "Dia disuruh mengulangi (sholatnya)?" Maka beliau tidak berpendapat wajibnya mengulangi shalat.

Jawapan ini mengandung kemungkinan, bahawa dia tidak berpendapat wajibnya mengulangi shalat, kerana orang itu telah menutupi sebahagian dari kedua bahunya. Maka dicukupkan menutupi salah satu dari kedua bahunya, kerana dia telah menjalankan lafazh hadits tersebut."

Sisi persyaratan dari pendapat ini: sesungguhnya dia dilarang shalat dalam keadaan kedua bahunya terbuka. Larangan itu mengandung adanya kerosakan pada sesuatu yang dilarang, kerana menutupinya adalah perkara yang wajib dalam shalat. Maka membiarkannya terbuka akan merosak shalatnya. Sebagaimana hukum menutupi aurat". (Lihat Al-Mughni 1/619)

Akan tetapi, tentunya tidak wajib menutupi kedua bahu seluruhnya; sebaliknya cukup menutupi sebahagiannya. Demikian juga cukup menutupi kedua bahu dengan pakaian tipis, yang menampakkan warna kulit, kerana kewajipan menutupi keduanya berdasarkan hadits tersebut boleh terjadi dalam keadaan ini serta keadaan sebelumnya, maksudnya: baik dia menutupkan pakaian pada kedua bahunya atau tidak. (Lihat Al-Mughni (1/619))


Dalam hal ini para fuqaha berkata, "Jika seseorang melekatkan tali atau yang sejenisnya pada bahunya, apakah telah mencukupi?"

Lahiriah pendapat Al-Khiroqiy-rahimahullah- yang berbunyi, "Jika di atas bahunya ada sedikit pakaian," tidak mencukupinya. Kerana perkataannya: "…sedikit pakaian", sedang tali seperti ini tidak dinamakan pakaian.

Inilah pendapat Al-Qadhi Abu Ya’laa. Sedang Ibnu Qudamah membenarkannya seraya berkata, "Yang benar, yang demikian itu tidak mencukupinya, kerana nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِيْ ثَوْبٍ فَلْيُخَالِفْ بِطَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ


"Apabila salah seorang dari kalian shalat dengan satu pakaian, maka hendaklah dia menyilangkan di antara kedua tepinya di atas kedua bahunya." (HR. Abu Dawud (627))

Kerana perintah meletakkan kain pada kedua bahu untuk menutupinya. Maka tidak cukup hanya dengan menempelkan tali dan itu tidak dinamakan sebagai penutup". (Lihat Al-Mughni (1/620))

Dari sini, diketahuilah kesalahan sebahagian orang yang shalat, khususnya shalat pada musim panas, dengan memakai pakaian singlet yang bertali kecil, diletakkan pada bahunya.

Shalat mereka dalam keadaan seperti ini adalah batal menurut mazhab Hambali dan sebahagian ulama salaf. Sedangkan menurut pendapat jumhur (kebanyakan ulama’) hukumnya makruh (dibenci). Keadaan mereka seperti ini, jika tidak terjatuh dalam kesalahan tersebut, maka mereka terjatuh dalam kesalahan shalat dengan memakai pakaian ketat yang membentuk aurat, atau dengan pakaian transfaran yang menampakkan warna kulit badan
diringkaskan dan di edit daripada:
http://the-authenthic.blogspot.com

MASJID JAMEK PAKA MUTIARA KATA

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan

Masjid Jamek Paka-Imam Ahmad, Orang Tua & Anjing

Cerita yang bakal dikongsikan ini adalah salah satu kisah/bab yang termuat dalam buku ‘DI ATAS SEJADAH CINTA’ hasil kumpulan kisah dan karya penulis temporary terkenal Indonesia, Kang Abik@Habiburrahman El-Shairazy. In sya Allah, andai punya kelapangan dan diizinkan, beberapa kisah dalam buku ini akan juga dipaparkan dilaman ini untuk tujuan perkongsian.Doanya moga sama-sama dapat kita mengambil iktibar dan faedah dari apa yang dikongsikan.Ameen

******************************************************************************

Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing


Imam Ahmad bin Hambal merupakan seorang ahli hadith yang sangat terkenal. Semua orang tahu kan? Beliau juga merupakan ahli fiqih yang terkenal diseluruh Iraq. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafi’e yang mewarisi semangat mencari ilmu dan mengembara demi mencari hadith di seluruh dunia Islam.

Dipendekkan cerita, ada suatu hari, Imam Ahmad terdengar bahwa di Khurasan, terdapat seorang tua yang memiliki hadith yang sampai sanadnya kpd Nabi Muhammad S.A.W. Jadi tanpa membuang masa, Imam Ahmad pun menyediakan bekalan dan bersiap-siap untuk perjalanannya menaiki unta. Perlu diingatkan disini, Khurasan dengan Baghdad jaraknya beribu-ribu kilometer. Kalau kite skang boleh la naik AirAsia ke, naik Emirates ker, tp ni naik unta. Allah. Besar kan pengorbanan ahli-ahli hadith dalam usaha mengumpulkan hadith? Moga Allah menganugerahi mereka darjat yang tinggi dan diletakkan di tempat istimewa di syugaNya.ameen

Keyh, then Imam Ahmad pun berjalan.sampai la bekalan habis, 2 hari tak makan,then jumpe satu Bandar, nak mintak bantuan Baitul Mal, Imam Ahmad rasa malu. Jadi, Imam Ahmad bekerja dipasar selama 2 minggu sampailah dapat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan perjalanan semula. (isyk2…kalau kita, termampukah? Allahu akbar!)

Kemudian setelah hampir sebulan, sampai la juga kat tempat orang tua tu tinggal.Time tuh, org tua tu sedang memberi makan kepada seekor anjing. Imam Ahmad bagi salam, org tua tu jawap dan memandang sekilas Imam Ahmad pastuh kembali memberi makan pd anjing tu.Dia tkde la serta merta sambut Imam Ahmad.Imam Ahmad yg sgt letih pulak setia menunggu orang tua tu. (cuba kalau kite? Mau la merajuk la, itu la ini la)

Habis aje bg makan, then org tua tu ckp kat Imam Ahmad: “Mungkin dalam hati kau mengatakan aku lebih memperhatikan anjing lebih daripadamu?”

“Benar.” Jawap Imam Ahmad

Orang tua itu berkata: “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga

Orang tua itu berkata lagi, kat kampung tu tkde anjing.Tiba-tiba anjing tu datang kat die dalam keadaan lapar dan mengharap supaya diberi makan. “Aku tidak mahu memutuskan harapannya hanya kerana kedatanganmu.Nah, sekarang sudah jelas duduk masalahnya. Sekarang apa keperluanmu datang kepadaku”

“Hadis yang kau ucapkan itu sudah memenuhi tujuanku datang kesini.” Jawab Imam Ahmad.

Dan satu hadith itulah hasil perjalanan beliau yg melelahkan itu.

RENUNGAN


Pintu Depan Masjid Jamek Paka

Pintu Depan Masjid Jamek Paka