JAM

Waktu Solat di PAKA, TERENGGANU

Pintu Masuk Masjid

Pintu Masuk Masjid

Tuesday, April 27, 2010

Ciri-Ciri Ulama’ Pewaris Nabi


Ibnu Abbas berkata : Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.

Manakala Hasan al-Basri pula berkata : Orang alim ialah orang yang takutkan Allah yang Maha Pemurah semasa dia tidak dilihat orang lain atau semasa dia tidak melihat Allah atau tidak melihat azab Allah serta dia gemarkan perkara yang disukai Allah dan dia menolak perkara yang dimurkai Allah.


Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi ialah yang pertama bersifat takutkan Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :

إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور

Maksudnya : …..
Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
Ibnu Abbas berkata : Sesiapa yang takutkan Allah maka dia adalah orang alim

Ciri kedua ialah beramal dengan segala ilmunya sebagaimana sebuah hadis dalam Sunan Ad-Darimi : فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ
Maksudnya : 

Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui Sayyidina Ali berkata : 

Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya

Ciri ketiga  ialah hatinya bersih daripada syirik dan maksiat serta tidak tamak kepada habuan dunia. 
Ibnu Umar berkata : Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan

Ciri keempat ialah ulama’ ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah : 
هو الذي بعث فى الأميئن  رسولا منهم يتلوا عليهم ءايــته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلــل مبين
Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata

Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sohih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama’ sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama’ maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain.
Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :
ما كان لبشر أن يؤتيه الله الكتــب والحكم والنبوة ثم يقول للناس كونوا عبادا لي من دون الله  ولكن كونوا ربــنيين بما كنتم تعلمون الكتــب وبما كنتم تدرسون
Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia  menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.

Siapakah yang Layak Bergelar Syeikhul Islam?



Assalaa mu'alaikum w.b.t.,

Catatan ilmiah ini dipetik daripada http://almukminun.blogspot.com/. Jazakumullah khairal jazak kepada Akhi Ikhram atas jasa beliau. Saya berasa ilmu ini bermakna dan wajar dikongsikan di sini.

 
Gelaran Syeikh Al-Islam

Bukan sebarangan ulama yang memperolehi gelaran “Syaikh al-Islam”. Ulama yang memiliki ketinggian ilmu sahaja yang layak menyandangnya.

Gelaran *Syaikh al-Islam* biasanya diberikan oleh beberapa ulama kepada seorang ulama atas ketinggian ilmunya. Ada beberapa kriteria untuk layak menyandangnya.

Ibnu Nashiruddin, dalam kitab Radd al-Wafir, mencatatkan beberapa kriteria tersebut.

Pertama:, seorang tokoh hendaklah seorang yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah dengan
perbezaan qira’ah dan asbab an-nuzul-nya.

Kedua :, tokoh tersebut perlu menguasai bahasa Arab secara sempurna.

Ketiga :, tokoh tersebut ialah seorang yang menguasai masalah ushul (pokok) dan furu’ (cabang) dalam Islam.

Empat :, beliau adalah ulama yang menjaga ibadahnya, tawadhu, dan tidak menganggap dirinya manusia maksum.


Walhal, tidak banyak ulama yang menyandang gelaran tersebut. Berikut ialah di antara ulama yang bergelar Syaikh al-Islam:

1. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi

Nama lengkapnya ialah Asy-Syaikh Muwaffaquddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Qudamah al-Hanbali al-Maqdisi, lahir di Nablusi, dekat Baitul Maqdis, Palestin, pada 541 Hijriah. Pada usia 10 tahun, beliau sudah menghafal al-Qur`an.

Menginjak usia 20 tahun, Ibnu Qudamah, pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu kepada beberapa ulama, antara lain: Abu Zur’ah bin Thahir, Ahmad bin Muqarib, dan ulama wanita Khadijah an-Nahrawaniyah. Merasakan ilmu yang dimiliki belum mencukupi, beliau melanjutkan perjalanan menuntut ilmu kepada ulama di Damaskus dan Makkah.

Beberapa ulama, seperti Hafidz Dziya’ al-Maqdisi dan Hafidz al-Mizzi mengakui gelar Syaikh al-Islam amat tepat dianugerahkan kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

Semasa hidupnya, Ibnu Qudamah telah menghasilkan pelbagai karya. Di antaranya ialah al-Mughni (fiqih), al- I’tiqad (aqidah), ar- Raudhah, dan al-Burhan. Selain itu beliau menulis biografi para ulama yang telah menjadi gurunya.

Ibnu Qudamah wafat pada hari Sabtu, bertepatan dengan hari Aidilfitrah pada 620 Hijriah.


2. Izzudin bin Abdissalam (Sultanul Ulama)

Beliau yang bernama Izzudin, lahir pada tahun 577 hijriyah. Beliau berguru kepada ulama ternama, seperti Hafidz Ibnu Asakir dan Saif al-Amidi.

Beliau adalah ulama yang berani berkata haq di hadapan penguasa. Sikap beraninya ini membuatkan beberapa penguasa Mesir di waktu itu tidak mampu menentangnya, termasuk ketika Izzudin meminta agar mereka menyiapkan pasukan untuk menghadapi pasukan Tatar di Syam.

Beberapa karya yang pernah ditulisnya adalah al-Qawa’id al-Kubra, Majaz al-Qur’an, Tafsir al-Qur’an, Muhtashar Shahih Muslim, dan Al-Fatawa al-Mishriyah.

Maka, Tajuddin as-Subki, Ibnu al-Imad, Tilmitsani, dan Imam as-Suyuthi memberikan gelar Syaikh al-Islam kepada Izzudin. Beliau wafat pada tahun 660 H dan dimakamkan di Cairo, Mesir.

3. Imam Nawawi

Lahir di Nawa, sebuah desa yang berada di daerah Dar’an Suriah pada 631 H. Keluarganya sangat menghargai ilmu Islam.

Pada tahun 649 hijriah, beliau melakukan perjalanan ke Damaskus, Syria untuk mempelajari kitab Tanbih dan al-Muhadzab. Kitab rujukan dalam madzhab Syafi’i itu berhasil beliau hadami dalam tempoh 4,5 bulan. Dalam sehari beliau menghadiri 12 majlis ilmu dalam berbagai macam disiplin ilmu.

Beliau juga termasuk ulama yang produktif, beberapa karya beliau ialah, Syarah Shahih Muslim, Syarah Muhadzab, dan Riyadh as-Shalihin.

Banyak ulama yang mengakui Imam Nawawi sebagai Syaikh al-Islam. Di antaranya, Tajuddin As Subki dalam Thabaqat-nya, Imam Sakhawi dalam al-Ihtimam, serta Syaikh Abdul Ghani Daqqar dalam karyanya Imam an-Nawawi Syaikh al-Islam wa al-Muslimin.

Beliau wafat pada tahun 676 H dan dikebumikan di Nawa.


4. Taqiyuddin Ibnu Daqiq al-Ied

Lahir pada 625 hijriyah, berasal dari keluarga terkemuka. Melalui ayahnya, Abu Hasan Ali bin Wahab yang juga seorang ulama,beliau mendalami fikih mazhab Syafi’i. Beliau juga mempelajari perkara yang sama kepada murid ayahnya, Al Baha’ al-Qufthi. Sedangkan, dalam ilmu bahasa Arab beliau berguru kepada Muhammad bin Fadh al-Mursi.

Semangatnya dalam menuntut ilmu begitu kuat. Taqiyuddin terus ke Cairo dan berguru kepada Izzudin bin Abdissalam.

Beliau pernah mengajar di Dar al-Hadits, Qahira. Banyak ulama yang mengakui ketinggian ilmunya. Al Adfawi pernah berkata, ”Tidak ragu lagi bahawa beliau adalah seorang mujtahid, tiada yang menyanggah, kecuali orang-orang yang keras kepala.”

Karya yang telah dihasilkan, di antaranya ialah Ihkam al-Ahkam, Syarah Umdah al-Ahkam, al-Iqtirah (Musthalah Hadits), dan Syarah Muqadimah Mathruzi (ushul fikih). Beberapa ulama telah menyebutnya sebagai Syaikh al-Islam, antara lain Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat-nya, Imam ad-Dzahabi dalam Tadzkirah al-Huffadz, dan Ibnu Hajar al-Haitami al-Maki. Taqiyuddin wafat pada 716 H.


5. Ibnu Taimiyah

Setelah pasukan Tatar menguasai Harran (kini berada di Turki), beliau yang lahir pada tahun 661 hijriah, diajak ayahnya berhijrah ke Damaskus. Di sana, beliau berguru kepada beberapa ulama, salah seorang darinya ialah Ibnu Abdu al-Qawi at-Thufi.

Penguasaan terhadap ilmu tidak diragukan lagi, selain menguasai masalah ushul dan furu’, beliau juga seorang hafidz, faqih, dan mufassir. Tidak hairan pada usia 19 tahun beliau sudah berfatwa.

Beliau merupakan guru kepada Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Ibnu Katsir juga pernah membuat karya yang cukup terkenal, Majmu’ah al- Fatawa, Jawab As Shahih, Iqtidha’ Sirath al-Mustaqim, dan Qawa’id Nuraniyah.

Para ulama yang memperakuinya sebagai Syaikh al-Islam di antara lainnya ialah, Imam Dzahabi, Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Hafidz al-Mizzi.

Ibnu Taimiyah Wafat pada 20 Dzulhijjah 728 H, ketika beliau didalam penjara Qal’ah Dimasyq yang disaksikan oleh salah seorang muridnya Ibnu Qayyim.


6. Taqiyuddin as-Subki

As Subki lahir pada tahun 683 hijriah. Ayahnya, Zainuddin adalah sekaligus gurunya itu adalah seorang hakim. Beliau dihantar orang tuanya ke Mesir, untuk berguru kepada beberapa ulama, seperti Hafidz Dimyathi dan Syaikh al-Islam Ibnu Daqiq al-Ied.

Para ulama semasanya, seperti Al-Baji, Ibnu Rif’ah, dan Dimyathi memanggilnya dengan Imam Muhaditsin, Imam Fuqaha, dan Imam Ushuliyin. Tajuddin as-Subki dan Hafidz al-Mizzi pun memberikan gelar Syaikh al-Islam.

Beberapa karyanya antara lain, Tafsir Durar an-Nadzim, Al-Ibhaj Syarh Minhaj, dan Majmu’ Syarh al-Muhadzab.

Jasad as-Subki, yang wafat pada tahun 756 di Cairo ini diiringi ribuan umat Islam. Ada yang mengatakan bahawa tidak ada yang mampu menandingi jumlah orang yang memberi takziah kepada Imam Ahmad bin Hanbal, kecuali jumlah orang yang memberi takziah kepada as-Subki.


7. Ibnu Hajar al-Atsqalani

Beliau lahir dalam keadaan yatim pada tahun 733 hijriah di Mesir. Pada usia 9 tahun, beliau sudah mampu menghafal al-Qur’an, hafal al-’Umdah (kumpulan Hadits-Hadits hukum), Alfiyah Hadits Iraqi (ilmu Hadits).

Imam Syaukani menyebutkan bahawa guru-guru Ibnu Hajar adalah para pakar di bidang masing-masing, antara lain: Hafidz al-Iraqi (ahli Hadits), Ibnu Mulaqqin (ulama terbanyak berkarya), dan Al Bulqini (ahli fikih). Beliau telah melakukan perjalanan ke Hijaz, Yaman, Syam, dan Makkah untuk mecari ilmu.

Beliau merupakan guru kepada Imam Sakhawi dan Imam Suyuthi ini menghasilkan karya terkenal sehingga kini iaitu Fathu al-Bari, dalam waktu 25 tahun. Juga beberapa buku yang berhubungan dengan kedudukan periwayat Hadits, seperti Lisan al-Mizan dan Tahdzib at- Tahdzib.

Ulama yang menggelarkannya dengan Syaikh al-Islam adalah Imam as Suyuthi. Imam Sakhawi juga mengarang buku khusus yang berjudul Jawahir ad Dhurar fi Tarjamah Syaikh al Islam Ibnu Hajar. Beliau wafat tahun 852 H di Mesir.

Wallahu’alam


Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Hukum Merokok Dalam Islam ..





1) HUKUM MEROKOK DARI SEGI SYARA’:

Para ulama’ telah memfatwakan bahawa rokok dan tembakau adalah HARAM dari segi syara’ kerana rokok dan tembakau termasuk dalam kategori benda-benda yang KEJI, BUSUK, MEMUDARATKAN dan yang paling buruk mengandungi CANDU yang dikenali sebagai BENDA YANG BOLEH MEMABUKKAN DAN TERNYATA HARAMNYA.


2) GOLONGAN ULAMA’ & FUQAHA’ YG M’HARAMK’N ROKOK &TEMBAKAU


a) Syeikh Muhammad al-Aini mengharamkan rokok kerana:


- Membahayakan kesihatan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh para pakar perubatan yang diakui.

- Mengandungi bahan yang memabukkan.
- Baunya busuk dan menganggu ketenteraman orang lain.
- Membelanjakan wang yang bukan pada tempatnya (membazir).

b) As-Syeikh as-Syahir bin Najam al-Izzi (Syafie) mengharamkan merokok dan penghisapnya akan mendapat dosa kecil tetapi akan mendapat dosa besar kerana:


- Berulang-ulang kali melakukanya.

- Memandang ringan, remeh dan tidak memperdulikan hukumnya.
- Merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut.
- Berbangga pada manusia lain dengan perbuatan tersebut seolah-oleh melambangkan dirinya sudah dewasa atau matang. (riak dan bergaya).
- Amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorang yang tahu hukumnya.

c) As-Syeikh Abdullah Babatein menfatwakan:


“Kami mengharamkan rokok kerana dua sebab utama”:-


i- Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.

ii- Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor (busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syara’sebagai :

“Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan”, - Benda spt ini nyata diharamkan oleh syara’ sebagai firman Allah yang bermaksud:


“Dan diharamkan bagi mereka (memakan) segala benda yang keji (buruk)”.Al-A’raf 7:1574.


d) Imam as-Syafei telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur Al-Umm iaitu:


“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengadungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah ‘Azza Wa Jalla mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri”.


3) MENGAPA SYARA’ MENGHARAMKAN ROKOK ATAU TEMBAKAU?


a) Rokok mengandungi berbagai-bagai jenis kimia merbahaya, antaranya ialah nikotin.

b) Syara’ mengatakan setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, disuntik atau dihisap pada seseorang maka ia diketogerikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah sesuatu bahan yang
dikenal pasti sesuatu yang boleh memabukkan.

Pengharaman ini berpandukan daripada hujah-hujah atau nas-nas dari syara’ sebagaimana yang berikut ;


- “Setiap yang memabukkan itu adalah haram”.H/R Muslim


- “Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut adalah haram”.H/R al – Bukhari, Muslim dan Abu Daud.


- “Apa shj yg pd banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya adalah haram”.H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.


- “Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram (terkategori)”.H/R Muslim


- “Pasti akan berlaku dikalangan manusia-manusia dikalangan umatku, meneguk (minum ,hisap, sedut, suntik ) arak dan kemudian memakannya dengan nama yang lain”.H/R Ahmad dan Abu Daud


- Telah berkata Ibnu Masoad tentang benda yang memabukkan ; “Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang ia telah haram pada kamu”.H/R Bukhari


- Telah berkata Waail bin Hujr: “Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang pembuatan arak , maka Nabi menegahnya. Maka Tareq bin Suwid berkata: “Aku membuatnya bagi tujuan perubatan”. Maka Nabi bersabda : “Sesungguhnya arak itu bukanlah ubat tetapi penyakit”.”H/R Muslim dan Turmizi


- Allah mengharamkan orang-orang yang beriman daripada mencampakkan diri mereka ke dalam perbuatan yang busuk, kotor, keji dan merosakkan kerana ia boleh membawa kepada kecelakaan di dunia dan akhirat. sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (kecelakaan)”.Al- Baqarah , 2:195

4) MENGAPA MASIH ADA YANG MEROKOK WALAUPUN SUDAH SEDIA MAKLUM HUKUMNYA?


a) Kejahilan masyarakat Islam

b) Berlakunya penyelewengan fatwa dari ulama’ fasiq.

* Ibnu Qaiyim al-Jauzi telah menulis di dalam bukunya Talbisu Iblis tentang orang yang bertaklid:


“Orang yang bertaqlid sebenarnya tidak mempunyai kepercayaan mantap pada apa yang ditaqlidkan. Taqlid merosak kesempurnaan (agamanya) kerana mengenepikan kesempurnaan akal(nya), sedangkan akal dianugerahkan untuk berfikir dan menganalisa. Amat jahil dan buruk sikap orang yang diberi lilin tetapi

memadamkannya kemudian berjalan dalam kegelapan”.

Wallahu A'lam…

RENUNGAN


Pintu Depan Masjid Jamek Paka

Pintu Depan Masjid Jamek Paka