JAM

Waktu Solat di PAKA, TERENGGANU

Pintu Masuk Masjid

Pintu Masuk Masjid

Friday, April 2, 2010

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

BAGAIMANA NAK KEPADA HAKIKAT TAUHID DALAM KEHIDUPAN?

ALLAH!!!
AKU HAMBA MU , TIDAK LAMA AKU AKAN KEMBALI ...
ENTAH BILA , MUNGKIN SEKEJAP LAGI...
YA ALLAH JADILAH KAMI HAMBA YANG METAUHIDKAN MU...
JAUHILAH KAMI DARI SYIRIK ...

Syirik boleh berlaku dalam 3 keadaan KEPERCAYAAN PEGANGAN HATI , PERKATAAN DAN PERBUATAN ...
Terkadang kita tidak sedari .
AQIDAH MUKMIN PERLU TAUHIDKAN ALLAH !!!
Terkadang kita rasa kita sudah mukmin dan tauhidkan ALLAH tetapi masa yng sama kita tidak sedar kelakuan kita itu sudah jatuh syirik ...

PETUA MUDAH MENGHAYATI TAUHID DALAM KEHIDUPAN
Kita mukmin kena pandang diri kita, kelakuan kita, perubahan yang berlaku kepada kita dan apa sahaja yang berlaku dan berubah kepada makhluk ALLAH adalah dari IRODAT ALLAH DAN KUDERAT ALLAH SWT

AQIDAH MUKMIN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH segala sesuatu semuanya ditaluki, dikuasai ALLAH. Kerja kita adalah berusaha dan ikhtiar adapun yang memberi bekas adalah HAK MUTLAK ALLAH ...

Andainya kita GAGAL DALAM TAUHID, CELAKALAH KITA DALAM NERAKA SELAMA2. IMAN PERKARA POKOK, ASAS DAN SANGAT2 PENTING. Dengan iman barulah syariat ,hukum hakam ALLAH dalam kehidupan tertegak. Hukum dalam IBADAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT, JINAYAT DAN LAIN2 TERTEGAK. TANPA TAUHID SIA-SIA DAN PASTI AKAN GAGAL ...kalau laksana pun hanya panas-panas tahi ayam sahaja.

TAUHIDLAH KEHIDUPAN KITA JANGAN SYIRIK
jangan syirik dalam amalan , perbuatan , kepercayaan ,dan kehidupan .
TAUHIDKAN ALLAH , dalam erti kata ingat semua yang terjadi atas KEHENDAK DAN KUASA ALLAH bukan makhluk ,. Kita makhluk tidak boleh mendatangkan bekasan apa2.

KITA HANYA USAHA ,yang beri hanya HAK MUTLAK ALLAH , andai kita usaha ALLAH tidak izin maka tidak akan terjadi , jika kita tidak mahu tetapi ALLAH kehendak maka akan terjadi kehendak ALLAH itu .

RENUNGAN


Pintu Depan Masjid Jamek Paka

Pintu Depan Masjid Jamek Paka